Sunday, 1 January 2012

   

Doaku Untukmu Sayang

Killensa



   Kring !! . Lamunan Adi terhenti setelah Bad menepuk bahunya . Waktu persekolahan sudah tamat . Kelihatan Cikgu Rohani , guru matapelajaran Bahasa Melayu mereka mengucapkan salm sebelum bergerak meninggalkan kelas . Bad mengemas kembali buku-buku yang berselerak di atas mejanya . Kerja sekolah yang diberikan dimasukkan ke dalam beg . Adi memerhatikan tingkah laku Bad . Fikirannya melayang jauh hari ini . Apa yang diajar oleh guru tidak dipedulikan oleh Adi . Bad perasan dengan kelakuan pelik rakannya itu . Adi lebih banyak termenung berbanding fokus pada guru di hadapan selepas waktu rehat tadi . Bad mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan rakan baiknya itu . Bad memandang ke arah Adi di sebelahnya .

   " Adi !  Kau kenapa ni ?  Aku tengok , kau lebih banyak termenung hari ni . Ada masalah ke ?  Boleh kongsi dengan aku . "

   Bad memerhatikan Adi yang sedang mengemas mejanya . Diam . Peliknya dia ni . Bad bermonolog dalam hatinya . Adi bangun dan terus melangkah keluar meninggalkan Bad . 

   " Adi !  Tunggu aku ! Dia ni memang nak kena ni . "

   Bad mengejar Adi yang mendahuluinya keluar daripada kelas tadi . Adi ketawa kecil . Mereka berjalan beriringan sehingga keluar daripada pintu pagar Sekolah Menengah Seri Bahagia . Mereka pulang ke rumah dengan berjalan kaki . Jarak rumah mereka dengan sekolah hanya beberapa meter . Mereka kawan baik sejak daripada darjah 1 . Tidak hairanlah mereka seperti isi dengan dengan kuku . Kemana sahaja pasti berdua . Punya masalah dikongsi bersama . Itulah erti kawan bagi Adi dan Bad . Adi yang sedari tadi diam tiba-tiba bersuara . 

   " Bad . Kau kenal tak dengan budak perempuan baru tu ?  "  Adi melihat Bad . 

   " Budak baru ?  Yang mana ? Budak form 5 ke ? "  

   " Budak form 4 la . Hari ni kan form 4 baru masuk . Mana ada budak baru dalam form kita . "

   "Aku tak tahulah Adi . Dah la budak perempuan . Form 4 . Budak baru lagi . Aduh . Nama budak perempuan kelas sendiri pun ada yang aku tak habis ingat . Inikan pula nak berkenalan dengan budak perempuan form bawah . Kirim salam la Adi . " Bad tergelak kecil . Adi masih tidak berpuas hati . Ketika Adi ingin bertanya tentang soalan lain . Bad menutup telinganya dengan jari tanda memprotes . 

   " Ha !  Apa ?  Aku tak dengar la . "

   Bad sengaja pura-pura tidak dengar soalan Adi . Malas . Adi mula menunjukkan tanda merajuk . Adi mencebik . Selepas itu , kedua-dua mereka tergelak . Daripada dahulu , Bad menjadi tempat luahan hati Adi . Segala masalah di sekolah sehingga di rumah diceritakan kepada Bad . Walaupun Bad seorang yang nakal dan selau membulinya , Adi tetap senang dengan kelakuan rakan baiknya itu . Bad sentiasa ada ketika susah dan senang . Pernah dahulu , Adi terpijak paku sewaktu mereka berdua bermain di taman . Bad yang menghantar Adi ke klinik untuk rawatan . Mereka berdua berdiri di antara rumah Adi dan juga Bad . Rumah mereka berhadapan dan mereka berjiran . 

   " Adi !!  Nanti petang kita jumpa . Dekat sini . Aku nak siapkan homework aku dulu . "  . 

   " Hurm . Ok . Nanti petang . Pukul 5 . "

  

------------------------------


   
   Adi menutup pintu rumah perlahan-lahan . Tiada sesiapa di rumah . Ibu bapa Adi orang yang berkerjaya . Ibunya sibuk dengan firma guaman manakala bapanya pula sibuk dengan pelan tapak projek yang bernilai jutaan ringgit . Adi tidak dilahirkan dalam keluarga yang susah . Segala kemewahan disalurkan kepada Adi . Anak tunggal En . Hamid dan Puan Rose . Hidup tanpa sebarang kekurangan dari segi kebendaan . Namun semua itu tidak diperlukan oleh Adi . Dalam tempoh seminggu , ibu bapanya tidak pernah meluangkan sedikit masa untuk Adi . Mujur ada Mak Su yang setia menemani Adi . 
   
   Mak Su merupakan warga Indonesia yang berkerja dengan keluarga Adi sebagai pembantu rumah . Mak Su seorang yang baik hati dan peramah . Dia juga seorang janda . Ahli keluarganya terbunuh dalam tragedi Tsunami yang melanda negara itu dan kawasan sekitarnya termasuk Malaysia pada tahun 2004 . Disebabkan itu , Mak Su menawarkan dirinya sebagai orang gaji ketika ayah Adi mengikuti program menyalurkan bantuan kepada penduduk Indonesia . Bapa Adi kasihan dengan keadaan Mak Su lalu mengambilnya berkerja di rumah Adi . Ibu Adi tidak keberatan menerima mak su sebagai orang gaji mereka bagi menjaga Adi ketika mereka keluar berkerja . 

   " Adi !!  Mari sini . Ibu sudah sediakan makanannya . " 

   Loghat jawa Mak Su masih tebal ketika menuturkan perkataan . Mak Su keluar dari dapur dengan membawa lauk . Adi menghampiri meja makan . Semua makanan sudah siap dihidang oleh Mak Su . Aroma masakan Mak Su menerpa ke dalam hidumg Adi . Memang terbaik . 

   " Wah , banyaknya Mak Su masak !  Siapa nak makan semua ni ?  " 

   Adi memandang lauk di atas meja satu persatu . Semuanya masakan melayu .

   " Iyalah . Di sinikan hanya ada Adi . Untuk siapa lagi makanannya . " 

   " Semua ni Adi makan seorang ?  Nanti gemuklah Adi , Mak Su . Banyak sangat ni . Kat sana ada asam pedas . Kat sini ada telur mata lembu . Itu kangkung belacan . Ni Adi yang nak makan ke Mak Su yang nak makan , " 

   " Tak apa . Mak Su makan dengan Adi . Mak Su pun tak makan lagi kan . Teman Adi makan tengah hari . Boleh ?  " 

   Adi mengangkat keningnya . Mahu tak mahu , Mak Su duduk makan bersama Adi . Adi selalu sahaja menyakat orang gajinya itu . Untuk menghilangkan kebosanan hidup sebagai anak tunggal . 


------------------------------


   Ketika Adi keluar daripada rumah , Bad sedang duduk di hadapan rumahnya . Adi manghampiri Bad perlahan-lahan lalu duduk di sebelahnya . 

   " Adi . Kau masih fikir pasal budak perempuan yang kau cakap tadi ? " Pandangan Bad dialihkan pada Adi . Fokusnya pada Adi . Adi memandang Bad lambat-lambat . 

   " Hurm . Kenapa ? " Adi mengeluarkan telefon bimbitnya daripada poket . Mesej daripada ibunya . 


,, Sorry ,, mama dengan papa pulang lewat ,,
Adi makan dengan Mak Su ok ,,  


   " Mak kau ? Adi , aku nak tahu sikit pasal budak perempuan tu boleh tak . Mana tahu aku boleh tolong kau . " Adi memandang ke arah rumahnya . Bad di sebelah menanti dengan sabar . 

   " Kau tak payah la ambil serious sangat hal ni . Bukan ada apa-apa pun . " 

   " Aku rasa aku suka la dengan budak perempuan tu . " Bad tergelak dengan kata-kata Adi . 

   " Adi . Aku rasakan kau ni dah angau la dengan minah tu . Simpan dulu perasaan tu Adi . Kita ni dah nak SPM . Kau tu pelajar pandai . Lain la aku ni . Pelajar kurang pandai . Bukan tak pandai . Tapi , macam mana kau boleh jumpa budak perempuan baru tu ? Kita tak jumpa budak baru kan masa rehat . "  

   " Memang kita tak jumpa budak baru pun masa rehat . Tapi kau ingat tak , tadi . Kita ada pergi perpustakaan kan . " Bad cuba mengingat kembali situasi di sekolah . Lama Bad memerah otaknya mengimbas kembali situasi pagi tadi . 

   " Ok . Aku ingat . Tapi , aku tak nampak mana-mana budak baru pun . " Bad semakin keliru . 

   " Kau tak ingat . Cikgu Azam panggil kau pasal kes hari tu kan . Masa tu , aku diri dekat koridor depan perpustakaan tu . Tunggu kau la ! Lambat . Tiba-tiba , ada orang langgar aku . Perempuan . Nampak dia pakai tag kat leher . Aku tahu dia tu form 4 baru . Dia minta maaf kat aku lepas tu . Then , dia terus pergi . Sibuk agaknya . Kat kelas , aku dok terfikir pasal dia . Sebab tu aku tak fokus cikgu ajar . " 

   " Oh . Aku tak perasan pula . Mungkin cuak punya pasal dengan Cikgu Azam . " 

   Bad dan Adi ketawa serentak . Cikgu Azam ,  jurulatih bola sepak Sekolah Menengah Seri Bahagia merangkap guru disiplin di sekolah itu . Dia seorang yang tegas tetapi baik sebenarnya . Semua pelajar di sekolah itu tidak berani bertentang mata apatah lagi lalu di hadapannya . Pasti ada sahaja yang tidak berkenan di matanya . Ada deria keenam agaknya . 

   Mereka berbual sehingga tidak perasan azan maghrib sudah berkumandang . Mereka berdua masuk ke rumah masing-masing . Hari-hari selepas itu berjalan seperti biasa . Adi tidak lagi memikirkan tentang budak perempuan yang berjaya mengetuk pintu hatinya . Mungkin belum tiba masanya menuai rasa mencintai seorang wanita . Adi terus fokus di dalam kelas ketika guru mengajar di hadapan . 





















No comments:

Post a Comment