Thursday, 26 January 2012

Tangkap Udang !


      Salam . Saje je aku update blog aq ni . Nak share something about life aku . Memang best jadi budak sekolah . Lagi-lagi jadi budak asrama . Best sangat ! Even kadang-kadang rasa tersiksa dengan rules yang ada kat sekolah tu . Hati tetap happy . . . SPM gak aku kat sekolah tu . Kalau korang nak tahu . Macam-macam kitorang buat time SPM . Macam aktiviti yang aku nak share ni la . Actually idea nak buat kerja ni keluar time nak pergi sembahyang jumaat . Sebab tempat yang kitorang pergi ni sebenarnya shortcut nak pergi Masjid Jamek Kluang . Nak pergi ke masjid tu , kena lalu sungai kecik . Aku rasa longkang coz longkang tu dah pecah . So , jadi sungai kecik kat situ . 
     


udang .
     



     

     Aku kira orang first yang saje lepak-lepak kat situ . Yela . Tak ada kerja kan . Ada free beberapa hari before paper seterusnya . Nak pergi bandar nanti duit habis . So , lepak kat situ la . Aku , Ajak Black List dengan Arsyad Kamaruzaman pergi dulu . Time first pergi , tempat tue tak bersih lagi . Ada banyak daun-daun kering kat atas air yang mengalir . Ikan memang banyak . Kitorang bertiga bersihkan dulu kawasan tu . Cari batu-batu besar nak buat tempat pijak . Sekeliling kitorang hutan je . Sebelum ni , ada membe aku nampak ular besar kat situ . Tapi pedulikan je la . Nak pergi punya pasal . HAHA !
     

    









      
udang yang dapat ditangkap .
       
              


            Next trip . Ramai gak la yang follow coz kitorang bawak balik udang . Memang terkejut gak ada anak udang tau dekat situ . So , membe aku yang sorang ni excited gila nak pergi tempat tu . Time diorang pergi . Aku pergi bandar . Bila aku sampai dorm , dalam baldi ada beberapa ekor udang . Bukan kecik . Tapi besar beb . Aku mula terkejut gak . Rasa macam tak percaya je membe-membe aku dapat tangkap udang-udang ni . Semangat betul diorang . Selain diorang pergi dengan niat nak tangkap udang ni . Diorang terjumpa beberapa batu nisan lama . Kepunyaan siapa kitorang tak tahu . Seram gak la dengar diorang story mula-mula . Aku pergi gak tempat tu lepas aku habis main futsal pagi tu . Nak tengok sendiri . Betul atau tak apa yang diorang story . So , batu nisan nye memang ada . Meremang bulu roma . Semua diam je kan bila sampai kat tempat yang ada batu nisan tu . Hehe . Seram la . 


     
aku dengan mikos . 




    Sunyi je tempat tu . Memang best la kalau nak buat tempat lepak . Kat situ , ada satu pokok besar yang dah tumbang . Maybe sebab hakisan tanah bila hujan . Pokok besar tu tumbang . Kitorang wat tempat duduk kat situ . Sambil - sambil tu . Kitorang sempat snap picture time ekspedisi ni berjalan . Haha . Memang best sangat coz dapat spend time dengan kawan-kawan . Banyak lagi kerja-kerja gila yang kitorang buat . Panjat tangki sekolah , pergi kuarters polis yang aku share sebelum ni , ukir nama kat tangki sekolah . HAHA ! 


      


      Aku ingat lagi jaring hijau tu . Haha . Memang kelakar . Member aku sanggup pergi beli jaring tu semata-mata nak pergi tangkap udang . Time nak bawa balik daripada bandar . Dah la jalan kaki . Kat tangan ada jaring . Macam apa je orang tengok . Kitorang semua tak kesah . Asal hati puas . Time snap ni yang last la kitorang pergi kat situ . Pastu dah tak pergi lagi . Suka nak share life aku . Betullah kata orang-orang tua . Berkasih biar satu , berkawan biar seribu . 
  
Dedicated to Khairul Nazmi , Hanif Zamri , Ajak Black List , Mohd Shafiq Latif , Hariez Khalid , Hafizul Hilmi , Safiuddin Salleh , Arsyad Kamaruzaman , Ashryalwikarim Aak dan semua yang terlibat . Thanks . 

Monday, 16 January 2012

15-01-2012




    Salam . . . best nye semalam dapat jumpa membe-membe kat Maahad Johor , Johor Bahru . . . aku pergi ngan membe aku . . . nek kete . . . tapi dye la yg drive . . . dye dah ada lesen . . . haha . . . tengok diorang kat sana . . . saje je . . . aku sampai dekat pukul 3 petang . . . lepak jap . . . borak-borak . . . pastu bawa keluar dua orang membe aku ni . . . saje bawa diorang jalan-jalan . . . beli tiket jap kat bus stand larkin . . . pastu pergi City Square . . . kejap je kat CS tu . . . pastu pergi makan . . . haha . . . klaka btol semalam . . . membe aku nie la . . . saje cari pasal lalu The Zone JB tu . . . amek kau . . . kene geledah satu kete ngan kastam yang jage kat tempat keluar tu . . . sorang jew yang check . . . yang tak leh blah . . . mamat kastam tu tnye kitorang mabuk ke tak . . . haha . . . haram jadah . . . pastu kitorang patah balik Maahad Johor . . . hantar budak MJ dua orang nie . . . haha . . . aku ngan membe aku tu lme kat Maahad Johor tu . . . sampai malam . . . pas isya' bru kitorang blah . . . best gak la lepak ngan membe skola dlu kan . . .  ada mase t kitorang datang lagi . . . aku sampai uma dalam pukul 10.30 malam . . . penat siot . . . nek kete tu . . . haha . . .

Saturday, 7 January 2012

Project Location (1)

   Cuti semester telah bermula . Semua pelajar berhajat untuk pulang ke kampung halaman masing-masing . Namun ada juga yang menggunakan waktu ini sebagai medium untuk mereka melakukan aktiviti bersama rakan-rakan . Dalam masa itu , Dafi , Jeff , Lan  , dan Zack ditugaskan melakukan kajian tentang aktiviti paranormal yang berlaku di Malaysia . Sebenarnya kumpulan mereka terdiri daripada 5 orang , tetapi seorang lagi ahli mereka tiba-tiba menghilangkan diri sehari sebelum cuti semester bermula .
       
        Seminggu sebelum cuti semester bermula 

       Malam itu , mereka berlima berkumpul di sebuah restoran bagi membincangkan proses kajian yang akan dijalankan . Kajian ini diketuai oleh Lan hasil persetujuan ahli kumpulan .
       " Lan…kau dah ada tempat ke nak buat kajian tu . Aku tak nak gagal dalam semester ni " Dafi memandang ke arah Lan .
       " Pasal tempat korang jangan risau . Aku dah settle " Lan membuka laptop miliknya dan diletakkan di tengah-tengah meja .
      Mereka semua teliti dengan briefing yang disampaikan oleh Lan . Bagi mengelakkan kekeliruan , Lan membuat salinan untuk setiap seorang . Briefing sudah disampaikan , kini pembahagian tugas harus dilakukan . Lan mengeluarkan sebuah buku kecil dari dalam beg dan mula mencatat sesuatu . 
      " Ok…sekarang aku nak bagi tugas kat korang . Ada tugas individu dan berkumpulan . Tugas individu kita semua ialah kita akan bergilir untuk jaga malam dan tukar check semua kamera in good position . Aku beritahu dulu tempohnya , nanti aku explain . Tempoh setiap seorang adalah satu jam . Dengar baik-baik . Kalau tak faham boleh tanya aku nanti " Kesemua mereka mangangguk tanda faham .
      " Dafi orang yang pertama . Jadi , Dafi yang akan buat checking dulu , dari pukul 12 sampai 1. Jeff dari pukul 1 sampai 2 . Zack dari pukul 2 sampai 3 . Joe dari pukul 3 sampai 4 . Aku dari pukul 4 sampai 5 . Lepas pukul 5 tiada sesiapa yang dibenarkan tidur . Semua mesti mandi dan kita semua akan solat subuh berjemaah . Ada sesiapa yang membantah ? Semua hanya diam dan mencatat apa yang telah diberitahu .                                 
      " Lan…berapa hari kita kat tempat tu ? " Dafi bertanya . 
      " 2 atau 3 hari mungkin…lepas kita dah ada bukti tentang wujudnya aktiviti paranormal . Kita balik . Ok " Semua setuju dengan kata-kata Lan .
      " Ok…jumpa korang semua dekat lobby kampus , pukul 8 pagi , seminggu daripada sekarang " Mereka semua beredar dan terus balik ke rumah masing-masing .

……….

      Mereka semua berkumpul di lobby kampus sementara menunggu semua ahli cukup . Lan adalah orang yang pertama berada di situ . Selaku ketua kumpulan , dia mestilah menunjukkan contoh yang baik kepada ahli kumpulan yang lain .
      Zack , Dafi dan Jeff sudah tiba , namun kelibat Joe tidak kelihatan . Hampir satu jam mereka menunggu kehadiran Joe . Panggilan juga sudah dilakukan tetapi nombor miliknya tidak beroperasi . Hasil perbincangan dan persetujuan ahli kumpulan , mereka dengan berat hati meninggalkan Joe untuk turut serta dalam kajian mereka . Mereka mengejar masa dan mesti tiba di tempat yang dimaksudkan sebelum matahari terbenam . Tetapi rancangan kini sudah berubah dan mereka berharap dapat tiba sebelum jam 12 malam tiba .
      Selepas memasukkan beg pakaian dan alat-alat pengesan aktiviti paranormal ke dalam but kereta yang dipinjamkan oleh pihak kampus , mereka bergerak ke tempat yang dimaksudkan . Mereka bergerak ke sana dengan menaiki kereta Lan . Antara mereka berempat , hanya Lan sahaja yang mempunyai kereta . Lan juga yang mencadangkan lokasi untuk kajian mereka . Perjalanan mengambil masa kira-kira 6 jam .
     " Wei...aku nak ingatkan sikit . Sepanjang kita semua dekat sana . Aku harap korang jaga mulut sikit . Tempat yang kita nak pergi ni berhantu... , " pesan Lan . 
      " Berhantu . Tempat yang kita nak pergi ni macam mana ? Rumah ? Biasalah . Nama pun rumah tinggal . Mesti ada punya benda-benda macam tu . " Jeff tidak mengendahkan nasihat Lan . Zack dan Dafi mengiakan kata-kata Jeff dengan satu anggukan . 
      " Yela Lan...special  ke tempat tu...sampai kau pilih jadi location project kita ? , " Dafi bertanya kepada Lan . 
      " Mestilah special...nanti kau tengoklah sendiri , " jawab Lan .
      Satu perjalanan jauh yang memenatkan . Mereka semua hanya tidur kecuali Lan yang  berhati-hati memandu keretanya . Hanya Lan seorang sahaja yang mengetahui kedudukan lokasi berkenaan . Jadi , mereka semua hanya diam sambil memerhati keadaan sekeliling .
      Langit mula melabuhkan tirainya . Seperti yang mereka jangkakan , mereka masih belum tiba di lokasi tersebut . Hari sudah malam . Kini tinggal kereta mereka sahaja yang melalui susur tersebut . Hendak berselisih dengan sebuah kereta pun susah . Inikan pula sebuah rumah .
      " Lan...betul ke jalan ni ? Lain macam je aku tengok . Dah la gelap . Tak ada lampu pula tu . Apa punya tempat la ko cari nie , " Tiba-tiba Dafi bersuara . Zack dan Jeff sedang nyenyak tidur di tempat duduk belakang .
     " Betullah...aku pernah pergi tempat ni dulu .Relakslah fi...Kejap lagi sampai la... " Lan masih fokus dengan pemanduannya di jalan raya . Dafi memandang Lan . 
     " Banyaklah kau . Satu rumah pun aku tak nampak . Kereta pun sama . Dari tadi kereta kita je kat sini . Bila kau pergi tempat yang kita nak buat projek tu ? " Dafi yang duduk di kerusi sebelah membuang pandang ke jalan raya .
     " Dulu...aku pun ingat-ingat lupa...tapi yang pasti . Sekejap lagi ada simpang kat depan sana . Tak lama lepas tu , sampailah " Lan mebuat isyarat dengan menunjuk ke hadapan . Dafi menyandarkan badan pada kerusi . 
       Dulu ? Kau ni biar betul . Suka hati kau la . Yang penting sampai . Aku dah meremang je dari tadi lalu kawasan ni .
      Lebih kurang 40 minit meredah malam . Barulah mereka dapat melihat cahaya daripada rumah di tepi jalan . Dengan keadaan sekeliling yang dikelilingi hutan dan pokok getah . Jarak antara rumah yang pertama dengan rumah yang kedua lebih kurang 3 kilometer . Tiba-tiba...
     " Ya Allah !  " Lan menekan brek dengan mengejut . Zack dan Jeff tersentak daripada tidur . Lan dan Dafi bagaikan tidak percaya terhadap apa yang berada di hadapan mereka . 
     " Lan ! Apahal kau brek ni !  " Zack tiba-tiba naik angin . Jeff di sebelah sedang menggosok-gosok kepala kerana terhantuk kerusi hadapan . 
     " Shhh...cuba kau tengok depan tu  , " Dafi menunjuk ke jalan . 
       Semua memandang ke hadapan dengan perasaan takut . Takut kerana di hadapan mereka adalah sekujur tubuh berbungkus kain putih yang kaku . Mereka bagaikan terpaku melihat sekujur tubuh yang sedang terbaring di atas jalan . 
     " Kau rasa...tu orang ke hantu...? " Dafi terketar-ketar membuat andaian . 
     " Gila kau . Mana ada orang baring kat tengah-tengah jalan malam-malam ni . Tu mesti hantu . Macam pocong je aku tengok  " Zack mengangkat keningnya .  
       Amboi . Mulut ko ni tak belajar berbudi bahasa ke ? Lan memandang kearah Zack .
       Jeff hanya mendiamkan diri . Apabila mereka melihat ke hadapan . Jasad tersebut sudah hilang . Mereka menjadi hairan dengan situasi tersebut . Perasaan takut kini menyelubungi diri . Lan terus meninggalkan tempat tersebut dengan segera . 

...................
       
      Jam di dashboard kereta menunjukkan tepat pukul 10 malam . Kalau ikutkan hati , hendak sahaja mereka berpatah balik dan melupakan projek paranormal ini tetapi memikirkan ini tugasan untuk mereka lulus semester  . Terpaksa juga mereka menyiapkannya . 
       Lan memperlahankan kereta selepas terlihat sebuah simpang tiga kira-kira 200 meter di hadapan . Kereta diberhentikan berhadapan dengan signboard yang pudar tulisannya . 
     " Fi...cuba kau pergi tengok ape yang tertulis kat signboard tu . Cepatlah . Aku tak nampak apa yang tertulis kat situ  " Lan mengarahkan Dafi untuk melihat papan tanda tersebut . 
       Dafi hanya menurut kata Lan dan segera turun dari kereta . Tidak lama kemudian , Dafi masuk kembali ke dalam kereta dengan riak muka yang sedikit pelik . 
     " Sekejap . Lan...ada tak orang kat bawah tiang lampu tu ?  " Lan melihat ke arah lampu yang dimaksudkan oleh Dafi . Kedudukan tiang lampu tersebut hanya beberapa meter dari kereta yang mereka naiki . Zack dan Jeff melihat ke bawah tiang lampu itu .
       " Mana ade apa-apa fi...clear je bawah lampu tu , " Jeff bersuara . 
       " Aku nampak ada orang kat bawah tiang lampu tu . Dia tengok je aku . Sejak kau berhenti tadi , aku memang dah perasan ada orang kat situ . Pelik juga kau tak suruh aku tanya orang tu " Dafi mengangkat jari telunjuknya dan menunjukkan ke arah cahaya tiang lampu tersebut .
        " Kau buat tak tahu je la . Kitorang memang tak nampak apa-apa la kat situ . Signboard tulis apa ? hurm... " Lan bertanya kepada Dafi . Zack dan Jeff mendiamkan diri di belakang . 
       " Kampung Seri Wangi  " Dafi menjawab persoalan Lan . Zack dan Jeff mengerutkan dahi mendengar nama kampung tersebut . 
       " Kenapa aku tak pernah dengar pun nama kampung tu sebelum ni " Zack bertanya kepada Lan . 
       " Kita dah dekat . Tu lah simpang nak pergi location project kita  " Lan belok ke kiri setelah mengenal pasti jalan yang dilalui . 
       Keadaan masih seperti biasa . Dikelilingi hutan dan jalan raya yang tidak berlampu . Gelap gelita . Hanya lampu kereta yang menyuluh jalan raya . Perjalanan mengambil masa beberapa minit untuk tiba di lokasi tersebut . Akhirnya mereka tiba juga di tempat kajian yang dimaksudkan . Lan masuk ke kawasan tersebut dengan berhati-hati . Kereta diberhentikan betul-betul di hadapan rumah tersebut . Mereka semua turun dari kereta setelah Lan memarkir keretanya . 
     " Kau biar betul Lan . Sebuah saja rumah kat tengah-tengah hutan ni ? " Jeff bersuara . Dafi dan Zack tergamam melihat rumah agam yang masih berdiri kukuh di kawasan tersebut .
     " Jom kita masuk . Tengok tempat tinggal kita untuk beberapa hari  " Lan mengajak Dafi , Zack , dan Jeff masuk ke dalam . Sementara itu mereka tidak sedar yang mereka sedang diperhatikan . 

Sunday, 1 January 2012

   

Doaku Untukmu Sayang

Killensa



   Kring !! . Lamunan Adi terhenti setelah Bad menepuk bahunya . Waktu persekolahan sudah tamat . Kelihatan Cikgu Rohani , guru matapelajaran Bahasa Melayu mereka mengucapkan salm sebelum bergerak meninggalkan kelas . Bad mengemas kembali buku-buku yang berselerak di atas mejanya . Kerja sekolah yang diberikan dimasukkan ke dalam beg . Adi memerhatikan tingkah laku Bad . Fikirannya melayang jauh hari ini . Apa yang diajar oleh guru tidak dipedulikan oleh Adi . Bad perasan dengan kelakuan pelik rakannya itu . Adi lebih banyak termenung berbanding fokus pada guru di hadapan selepas waktu rehat tadi . Bad mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan rakan baiknya itu . Bad memandang ke arah Adi di sebelahnya .

   " Adi !  Kau kenapa ni ?  Aku tengok , kau lebih banyak termenung hari ni . Ada masalah ke ?  Boleh kongsi dengan aku . "

   Bad memerhatikan Adi yang sedang mengemas mejanya . Diam . Peliknya dia ni . Bad bermonolog dalam hatinya . Adi bangun dan terus melangkah keluar meninggalkan Bad . 

   " Adi !  Tunggu aku ! Dia ni memang nak kena ni . "

   Bad mengejar Adi yang mendahuluinya keluar daripada kelas tadi . Adi ketawa kecil . Mereka berjalan beriringan sehingga keluar daripada pintu pagar Sekolah Menengah Seri Bahagia . Mereka pulang ke rumah dengan berjalan kaki . Jarak rumah mereka dengan sekolah hanya beberapa meter . Mereka kawan baik sejak daripada darjah 1 . Tidak hairanlah mereka seperti isi dengan dengan kuku . Kemana sahaja pasti berdua . Punya masalah dikongsi bersama . Itulah erti kawan bagi Adi dan Bad . Adi yang sedari tadi diam tiba-tiba bersuara . 

   " Bad . Kau kenal tak dengan budak perempuan baru tu ?  "  Adi melihat Bad . 

   " Budak baru ?  Yang mana ? Budak form 5 ke ? "  

   " Budak form 4 la . Hari ni kan form 4 baru masuk . Mana ada budak baru dalam form kita . "

   "Aku tak tahulah Adi . Dah la budak perempuan . Form 4 . Budak baru lagi . Aduh . Nama budak perempuan kelas sendiri pun ada yang aku tak habis ingat . Inikan pula nak berkenalan dengan budak perempuan form bawah . Kirim salam la Adi . " Bad tergelak kecil . Adi masih tidak berpuas hati . Ketika Adi ingin bertanya tentang soalan lain . Bad menutup telinganya dengan jari tanda memprotes . 

   " Ha !  Apa ?  Aku tak dengar la . "

   Bad sengaja pura-pura tidak dengar soalan Adi . Malas . Adi mula menunjukkan tanda merajuk . Adi mencebik . Selepas itu , kedua-dua mereka tergelak . Daripada dahulu , Bad menjadi tempat luahan hati Adi . Segala masalah di sekolah sehingga di rumah diceritakan kepada Bad . Walaupun Bad seorang yang nakal dan selau membulinya , Adi tetap senang dengan kelakuan rakan baiknya itu . Bad sentiasa ada ketika susah dan senang . Pernah dahulu , Adi terpijak paku sewaktu mereka berdua bermain di taman . Bad yang menghantar Adi ke klinik untuk rawatan . Mereka berdua berdiri di antara rumah Adi dan juga Bad . Rumah mereka berhadapan dan mereka berjiran . 

   " Adi !!  Nanti petang kita jumpa . Dekat sini . Aku nak siapkan homework aku dulu . "  . 

   " Hurm . Ok . Nanti petang . Pukul 5 . "

  

------------------------------


   
   Adi menutup pintu rumah perlahan-lahan . Tiada sesiapa di rumah . Ibu bapa Adi orang yang berkerjaya . Ibunya sibuk dengan firma guaman manakala bapanya pula sibuk dengan pelan tapak projek yang bernilai jutaan ringgit . Adi tidak dilahirkan dalam keluarga yang susah . Segala kemewahan disalurkan kepada Adi . Anak tunggal En . Hamid dan Puan Rose . Hidup tanpa sebarang kekurangan dari segi kebendaan . Namun semua itu tidak diperlukan oleh Adi . Dalam tempoh seminggu , ibu bapanya tidak pernah meluangkan sedikit masa untuk Adi . Mujur ada Mak Su yang setia menemani Adi . 
   
   Mak Su merupakan warga Indonesia yang berkerja dengan keluarga Adi sebagai pembantu rumah . Mak Su seorang yang baik hati dan peramah . Dia juga seorang janda . Ahli keluarganya terbunuh dalam tragedi Tsunami yang melanda negara itu dan kawasan sekitarnya termasuk Malaysia pada tahun 2004 . Disebabkan itu , Mak Su menawarkan dirinya sebagai orang gaji ketika ayah Adi mengikuti program menyalurkan bantuan kepada penduduk Indonesia . Bapa Adi kasihan dengan keadaan Mak Su lalu mengambilnya berkerja di rumah Adi . Ibu Adi tidak keberatan menerima mak su sebagai orang gaji mereka bagi menjaga Adi ketika mereka keluar berkerja . 

   " Adi !!  Mari sini . Ibu sudah sediakan makanannya . " 

   Loghat jawa Mak Su masih tebal ketika menuturkan perkataan . Mak Su keluar dari dapur dengan membawa lauk . Adi menghampiri meja makan . Semua makanan sudah siap dihidang oleh Mak Su . Aroma masakan Mak Su menerpa ke dalam hidumg Adi . Memang terbaik . 

   " Wah , banyaknya Mak Su masak !  Siapa nak makan semua ni ?  " 

   Adi memandang lauk di atas meja satu persatu . Semuanya masakan melayu .

   " Iyalah . Di sinikan hanya ada Adi . Untuk siapa lagi makanannya . " 

   " Semua ni Adi makan seorang ?  Nanti gemuklah Adi , Mak Su . Banyak sangat ni . Kat sana ada asam pedas . Kat sini ada telur mata lembu . Itu kangkung belacan . Ni Adi yang nak makan ke Mak Su yang nak makan , " 

   " Tak apa . Mak Su makan dengan Adi . Mak Su pun tak makan lagi kan . Teman Adi makan tengah hari . Boleh ?  " 

   Adi mengangkat keningnya . Mahu tak mahu , Mak Su duduk makan bersama Adi . Adi selalu sahaja menyakat orang gajinya itu . Untuk menghilangkan kebosanan hidup sebagai anak tunggal . 


------------------------------


   Ketika Adi keluar daripada rumah , Bad sedang duduk di hadapan rumahnya . Adi manghampiri Bad perlahan-lahan lalu duduk di sebelahnya . 

   " Adi . Kau masih fikir pasal budak perempuan yang kau cakap tadi ? " Pandangan Bad dialihkan pada Adi . Fokusnya pada Adi . Adi memandang Bad lambat-lambat . 

   " Hurm . Kenapa ? " Adi mengeluarkan telefon bimbitnya daripada poket . Mesej daripada ibunya . 


,, Sorry ,, mama dengan papa pulang lewat ,,
Adi makan dengan Mak Su ok ,,  


   " Mak kau ? Adi , aku nak tahu sikit pasal budak perempuan tu boleh tak . Mana tahu aku boleh tolong kau . " Adi memandang ke arah rumahnya . Bad di sebelah menanti dengan sabar . 

   " Kau tak payah la ambil serious sangat hal ni . Bukan ada apa-apa pun . " 

   " Aku rasa aku suka la dengan budak perempuan tu . " Bad tergelak dengan kata-kata Adi . 

   " Adi . Aku rasakan kau ni dah angau la dengan minah tu . Simpan dulu perasaan tu Adi . Kita ni dah nak SPM . Kau tu pelajar pandai . Lain la aku ni . Pelajar kurang pandai . Bukan tak pandai . Tapi , macam mana kau boleh jumpa budak perempuan baru tu ? Kita tak jumpa budak baru kan masa rehat . "  

   " Memang kita tak jumpa budak baru pun masa rehat . Tapi kau ingat tak , tadi . Kita ada pergi perpustakaan kan . " Bad cuba mengingat kembali situasi di sekolah . Lama Bad memerah otaknya mengimbas kembali situasi pagi tadi . 

   " Ok . Aku ingat . Tapi , aku tak nampak mana-mana budak baru pun . " Bad semakin keliru . 

   " Kau tak ingat . Cikgu Azam panggil kau pasal kes hari tu kan . Masa tu , aku diri dekat koridor depan perpustakaan tu . Tunggu kau la ! Lambat . Tiba-tiba , ada orang langgar aku . Perempuan . Nampak dia pakai tag kat leher . Aku tahu dia tu form 4 baru . Dia minta maaf kat aku lepas tu . Then , dia terus pergi . Sibuk agaknya . Kat kelas , aku dok terfikir pasal dia . Sebab tu aku tak fokus cikgu ajar . " 

   " Oh . Aku tak perasan pula . Mungkin cuak punya pasal dengan Cikgu Azam . " 

   Bad dan Adi ketawa serentak . Cikgu Azam ,  jurulatih bola sepak Sekolah Menengah Seri Bahagia merangkap guru disiplin di sekolah itu . Dia seorang yang tegas tetapi baik sebenarnya . Semua pelajar di sekolah itu tidak berani bertentang mata apatah lagi lalu di hadapannya . Pasti ada sahaja yang tidak berkenan di matanya . Ada deria keenam agaknya . 

   Mereka berbual sehingga tidak perasan azan maghrib sudah berkumandang . Mereka berdua masuk ke rumah masing-masing . Hari-hari selepas itu berjalan seperti biasa . Adi tidak lagi memikirkan tentang budak perempuan yang berjaya mengetuk pintu hatinya . Mungkin belum tiba masanya menuai rasa mencintai seorang wanita . Adi terus fokus di dalam kelas ketika guru mengajar di hadapan .