Saturday, 7 January 2012

Project Location (1)

   Cuti semester telah bermula . Semua pelajar berhajat untuk pulang ke kampung halaman masing-masing . Namun ada juga yang menggunakan waktu ini sebagai medium untuk mereka melakukan aktiviti bersama rakan-rakan . Dalam masa itu , Dafi , Jeff , Lan  , dan Zack ditugaskan melakukan kajian tentang aktiviti paranormal yang berlaku di Malaysia . Sebenarnya kumpulan mereka terdiri daripada 5 orang , tetapi seorang lagi ahli mereka tiba-tiba menghilangkan diri sehari sebelum cuti semester bermula .
       
        Seminggu sebelum cuti semester bermula 

       Malam itu , mereka berlima berkumpul di sebuah restoran bagi membincangkan proses kajian yang akan dijalankan . Kajian ini diketuai oleh Lan hasil persetujuan ahli kumpulan .
       " Lan…kau dah ada tempat ke nak buat kajian tu . Aku tak nak gagal dalam semester ni " Dafi memandang ke arah Lan .
       " Pasal tempat korang jangan risau . Aku dah settle " Lan membuka laptop miliknya dan diletakkan di tengah-tengah meja .
      Mereka semua teliti dengan briefing yang disampaikan oleh Lan . Bagi mengelakkan kekeliruan , Lan membuat salinan untuk setiap seorang . Briefing sudah disampaikan , kini pembahagian tugas harus dilakukan . Lan mengeluarkan sebuah buku kecil dari dalam beg dan mula mencatat sesuatu . 
      " Ok…sekarang aku nak bagi tugas kat korang . Ada tugas individu dan berkumpulan . Tugas individu kita semua ialah kita akan bergilir untuk jaga malam dan tukar check semua kamera in good position . Aku beritahu dulu tempohnya , nanti aku explain . Tempoh setiap seorang adalah satu jam . Dengar baik-baik . Kalau tak faham boleh tanya aku nanti " Kesemua mereka mangangguk tanda faham .
      " Dafi orang yang pertama . Jadi , Dafi yang akan buat checking dulu , dari pukul 12 sampai 1. Jeff dari pukul 1 sampai 2 . Zack dari pukul 2 sampai 3 . Joe dari pukul 3 sampai 4 . Aku dari pukul 4 sampai 5 . Lepas pukul 5 tiada sesiapa yang dibenarkan tidur . Semua mesti mandi dan kita semua akan solat subuh berjemaah . Ada sesiapa yang membantah ? Semua hanya diam dan mencatat apa yang telah diberitahu .                                 
      " Lan…berapa hari kita kat tempat tu ? " Dafi bertanya . 
      " 2 atau 3 hari mungkin…lepas kita dah ada bukti tentang wujudnya aktiviti paranormal . Kita balik . Ok " Semua setuju dengan kata-kata Lan .
      " Ok…jumpa korang semua dekat lobby kampus , pukul 8 pagi , seminggu daripada sekarang " Mereka semua beredar dan terus balik ke rumah masing-masing .

……….

      Mereka semua berkumpul di lobby kampus sementara menunggu semua ahli cukup . Lan adalah orang yang pertama berada di situ . Selaku ketua kumpulan , dia mestilah menunjukkan contoh yang baik kepada ahli kumpulan yang lain .
      Zack , Dafi dan Jeff sudah tiba , namun kelibat Joe tidak kelihatan . Hampir satu jam mereka menunggu kehadiran Joe . Panggilan juga sudah dilakukan tetapi nombor miliknya tidak beroperasi . Hasil perbincangan dan persetujuan ahli kumpulan , mereka dengan berat hati meninggalkan Joe untuk turut serta dalam kajian mereka . Mereka mengejar masa dan mesti tiba di tempat yang dimaksudkan sebelum matahari terbenam . Tetapi rancangan kini sudah berubah dan mereka berharap dapat tiba sebelum jam 12 malam tiba .
      Selepas memasukkan beg pakaian dan alat-alat pengesan aktiviti paranormal ke dalam but kereta yang dipinjamkan oleh pihak kampus , mereka bergerak ke tempat yang dimaksudkan . Mereka bergerak ke sana dengan menaiki kereta Lan . Antara mereka berempat , hanya Lan sahaja yang mempunyai kereta . Lan juga yang mencadangkan lokasi untuk kajian mereka . Perjalanan mengambil masa kira-kira 6 jam .
     " Wei...aku nak ingatkan sikit . Sepanjang kita semua dekat sana . Aku harap korang jaga mulut sikit . Tempat yang kita nak pergi ni berhantu... , " pesan Lan . 
      " Berhantu . Tempat yang kita nak pergi ni macam mana ? Rumah ? Biasalah . Nama pun rumah tinggal . Mesti ada punya benda-benda macam tu . " Jeff tidak mengendahkan nasihat Lan . Zack dan Dafi mengiakan kata-kata Jeff dengan satu anggukan . 
      " Yela Lan...special  ke tempat tu...sampai kau pilih jadi location project kita ? , " Dafi bertanya kepada Lan . 
      " Mestilah special...nanti kau tengoklah sendiri , " jawab Lan .
      Satu perjalanan jauh yang memenatkan . Mereka semua hanya tidur kecuali Lan yang  berhati-hati memandu keretanya . Hanya Lan seorang sahaja yang mengetahui kedudukan lokasi berkenaan . Jadi , mereka semua hanya diam sambil memerhati keadaan sekeliling .
      Langit mula melabuhkan tirainya . Seperti yang mereka jangkakan , mereka masih belum tiba di lokasi tersebut . Hari sudah malam . Kini tinggal kereta mereka sahaja yang melalui susur tersebut . Hendak berselisih dengan sebuah kereta pun susah . Inikan pula sebuah rumah .
      " Lan...betul ke jalan ni ? Lain macam je aku tengok . Dah la gelap . Tak ada lampu pula tu . Apa punya tempat la ko cari nie , " Tiba-tiba Dafi bersuara . Zack dan Jeff sedang nyenyak tidur di tempat duduk belakang .
     " Betullah...aku pernah pergi tempat ni dulu .Relakslah fi...Kejap lagi sampai la... " Lan masih fokus dengan pemanduannya di jalan raya . Dafi memandang Lan . 
     " Banyaklah kau . Satu rumah pun aku tak nampak . Kereta pun sama . Dari tadi kereta kita je kat sini . Bila kau pergi tempat yang kita nak buat projek tu ? " Dafi yang duduk di kerusi sebelah membuang pandang ke jalan raya .
     " Dulu...aku pun ingat-ingat lupa...tapi yang pasti . Sekejap lagi ada simpang kat depan sana . Tak lama lepas tu , sampailah " Lan mebuat isyarat dengan menunjuk ke hadapan . Dafi menyandarkan badan pada kerusi . 
       Dulu ? Kau ni biar betul . Suka hati kau la . Yang penting sampai . Aku dah meremang je dari tadi lalu kawasan ni .
      Lebih kurang 40 minit meredah malam . Barulah mereka dapat melihat cahaya daripada rumah di tepi jalan . Dengan keadaan sekeliling yang dikelilingi hutan dan pokok getah . Jarak antara rumah yang pertama dengan rumah yang kedua lebih kurang 3 kilometer . Tiba-tiba...
     " Ya Allah !  " Lan menekan brek dengan mengejut . Zack dan Jeff tersentak daripada tidur . Lan dan Dafi bagaikan tidak percaya terhadap apa yang berada di hadapan mereka . 
     " Lan ! Apahal kau brek ni !  " Zack tiba-tiba naik angin . Jeff di sebelah sedang menggosok-gosok kepala kerana terhantuk kerusi hadapan . 
     " Shhh...cuba kau tengok depan tu  , " Dafi menunjuk ke jalan . 
       Semua memandang ke hadapan dengan perasaan takut . Takut kerana di hadapan mereka adalah sekujur tubuh berbungkus kain putih yang kaku . Mereka bagaikan terpaku melihat sekujur tubuh yang sedang terbaring di atas jalan . 
     " Kau rasa...tu orang ke hantu...? " Dafi terketar-ketar membuat andaian . 
     " Gila kau . Mana ada orang baring kat tengah-tengah jalan malam-malam ni . Tu mesti hantu . Macam pocong je aku tengok  " Zack mengangkat keningnya .  
       Amboi . Mulut ko ni tak belajar berbudi bahasa ke ? Lan memandang kearah Zack .
       Jeff hanya mendiamkan diri . Apabila mereka melihat ke hadapan . Jasad tersebut sudah hilang . Mereka menjadi hairan dengan situasi tersebut . Perasaan takut kini menyelubungi diri . Lan terus meninggalkan tempat tersebut dengan segera . 

...................
       
      Jam di dashboard kereta menunjukkan tepat pukul 10 malam . Kalau ikutkan hati , hendak sahaja mereka berpatah balik dan melupakan projek paranormal ini tetapi memikirkan ini tugasan untuk mereka lulus semester  . Terpaksa juga mereka menyiapkannya . 
       Lan memperlahankan kereta selepas terlihat sebuah simpang tiga kira-kira 200 meter di hadapan . Kereta diberhentikan berhadapan dengan signboard yang pudar tulisannya . 
     " Fi...cuba kau pergi tengok ape yang tertulis kat signboard tu . Cepatlah . Aku tak nampak apa yang tertulis kat situ  " Lan mengarahkan Dafi untuk melihat papan tanda tersebut . 
       Dafi hanya menurut kata Lan dan segera turun dari kereta . Tidak lama kemudian , Dafi masuk kembali ke dalam kereta dengan riak muka yang sedikit pelik . 
     " Sekejap . Lan...ada tak orang kat bawah tiang lampu tu ?  " Lan melihat ke arah lampu yang dimaksudkan oleh Dafi . Kedudukan tiang lampu tersebut hanya beberapa meter dari kereta yang mereka naiki . Zack dan Jeff melihat ke bawah tiang lampu itu .
       " Mana ade apa-apa fi...clear je bawah lampu tu , " Jeff bersuara . 
       " Aku nampak ada orang kat bawah tiang lampu tu . Dia tengok je aku . Sejak kau berhenti tadi , aku memang dah perasan ada orang kat situ . Pelik juga kau tak suruh aku tanya orang tu " Dafi mengangkat jari telunjuknya dan menunjukkan ke arah cahaya tiang lampu tersebut .
        " Kau buat tak tahu je la . Kitorang memang tak nampak apa-apa la kat situ . Signboard tulis apa ? hurm... " Lan bertanya kepada Dafi . Zack dan Jeff mendiamkan diri di belakang . 
       " Kampung Seri Wangi  " Dafi menjawab persoalan Lan . Zack dan Jeff mengerutkan dahi mendengar nama kampung tersebut . 
       " Kenapa aku tak pernah dengar pun nama kampung tu sebelum ni " Zack bertanya kepada Lan . 
       " Kita dah dekat . Tu lah simpang nak pergi location project kita  " Lan belok ke kiri setelah mengenal pasti jalan yang dilalui . 
       Keadaan masih seperti biasa . Dikelilingi hutan dan jalan raya yang tidak berlampu . Gelap gelita . Hanya lampu kereta yang menyuluh jalan raya . Perjalanan mengambil masa beberapa minit untuk tiba di lokasi tersebut . Akhirnya mereka tiba juga di tempat kajian yang dimaksudkan . Lan masuk ke kawasan tersebut dengan berhati-hati . Kereta diberhentikan betul-betul di hadapan rumah tersebut . Mereka semua turun dari kereta setelah Lan memarkir keretanya . 
     " Kau biar betul Lan . Sebuah saja rumah kat tengah-tengah hutan ni ? " Jeff bersuara . Dafi dan Zack tergamam melihat rumah agam yang masih berdiri kukuh di kawasan tersebut .
     " Jom kita masuk . Tengok tempat tinggal kita untuk beberapa hari  " Lan mengajak Dafi , Zack , dan Jeff masuk ke dalam . Sementara itu mereka tidak sedar yang mereka sedang diperhatikan . 

No comments:

Post a Comment