Thursday 26 January 2012

Tangkap Udang !


      Salam . Saje je aku update blog aq ni . Nak share something about life aku . Memang best jadi budak sekolah . Lagi-lagi jadi budak asrama . Best sangat ! Even kadang-kadang rasa tersiksa dengan rules yang ada kat sekolah tu . Hati tetap happy . . . SPM gak aku kat sekolah tu . Kalau korang nak tahu . Macam-macam kitorang buat time SPM . Macam aktiviti yang aku nak share ni la . Actually idea nak buat kerja ni keluar time nak pergi sembahyang jumaat . Sebab tempat yang kitorang pergi ni sebenarnya shortcut nak pergi Masjid Jamek Kluang . Nak pergi ke masjid tu , kena lalu sungai kecik . Aku rasa longkang coz longkang tu dah pecah . So , jadi sungai kecik kat situ . 
     


udang .
     



     

     Aku kira orang first yang saje lepak-lepak kat situ . Yela . Tak ada kerja kan . Ada free beberapa hari before paper seterusnya . Nak pergi bandar nanti duit habis . So , lepak kat situ la . Aku , Ajak Black List dengan Arsyad Kamaruzaman pergi dulu . Time first pergi , tempat tue tak bersih lagi . Ada banyak daun-daun kering kat atas air yang mengalir . Ikan memang banyak . Kitorang bertiga bersihkan dulu kawasan tu . Cari batu-batu besar nak buat tempat pijak . Sekeliling kitorang hutan je . Sebelum ni , ada membe aku nampak ular besar kat situ . Tapi pedulikan je la . Nak pergi punya pasal . HAHA !
     

    









      
udang yang dapat ditangkap .
       
              


            Next trip . Ramai gak la yang follow coz kitorang bawak balik udang . Memang terkejut gak ada anak udang tau dekat situ . So , membe aku yang sorang ni excited gila nak pergi tempat tu . Time diorang pergi . Aku pergi bandar . Bila aku sampai dorm , dalam baldi ada beberapa ekor udang . Bukan kecik . Tapi besar beb . Aku mula terkejut gak . Rasa macam tak percaya je membe-membe aku dapat tangkap udang-udang ni . Semangat betul diorang . Selain diorang pergi dengan niat nak tangkap udang ni . Diorang terjumpa beberapa batu nisan lama . Kepunyaan siapa kitorang tak tahu . Seram gak la dengar diorang story mula-mula . Aku pergi gak tempat tu lepas aku habis main futsal pagi tu . Nak tengok sendiri . Betul atau tak apa yang diorang story . So , batu nisan nye memang ada . Meremang bulu roma . Semua diam je kan bila sampai kat tempat yang ada batu nisan tu . Hehe . Seram la . 


     
aku dengan mikos . 




    Sunyi je tempat tu . Memang best la kalau nak buat tempat lepak . Kat situ , ada satu pokok besar yang dah tumbang . Maybe sebab hakisan tanah bila hujan . Pokok besar tu tumbang . Kitorang wat tempat duduk kat situ . Sambil - sambil tu . Kitorang sempat snap picture time ekspedisi ni berjalan . Haha . Memang best sangat coz dapat spend time dengan kawan-kawan . Banyak lagi kerja-kerja gila yang kitorang buat . Panjat tangki sekolah , pergi kuarters polis yang aku share sebelum ni , ukir nama kat tangki sekolah . HAHA ! 


      


      Aku ingat lagi jaring hijau tu . Haha . Memang kelakar . Member aku sanggup pergi beli jaring tu semata-mata nak pergi tangkap udang . Time nak bawa balik daripada bandar . Dah la jalan kaki . Kat tangan ada jaring . Macam apa je orang tengok . Kitorang semua tak kesah . Asal hati puas . Time snap ni yang last la kitorang pergi kat situ . Pastu dah tak pergi lagi . Suka nak share life aku . Betullah kata orang-orang tua . Berkasih biar satu , berkawan biar seribu . 
  
Dedicated to Khairul Nazmi , Hanif Zamri , Ajak Black List , Mohd Shafiq Latif , Hariez Khalid , Hafizul Hilmi , Safiuddin Salleh , Arsyad Kamaruzaman , Ashryalwikarim Aak dan semua yang terlibat . Thanks . 

Monday 16 January 2012

15-01-2012




    Salam . . . best nye semalam dapat jumpa membe-membe kat Maahad Johor , Johor Bahru . . . aku pergi ngan membe aku . . . nek kete . . . tapi dye la yg drive . . . dye dah ada lesen . . . haha . . . tengok diorang kat sana . . . saje je . . . aku sampai dekat pukul 3 petang . . . lepak jap . . . borak-borak . . . pastu bawa keluar dua orang membe aku ni . . . saje bawa diorang jalan-jalan . . . beli tiket jap kat bus stand larkin . . . pastu pergi City Square . . . kejap je kat CS tu . . . pastu pergi makan . . . haha . . . klaka btol semalam . . . membe aku nie la . . . saje cari pasal lalu The Zone JB tu . . . amek kau . . . kene geledah satu kete ngan kastam yang jage kat tempat keluar tu . . . sorang jew yang check . . . yang tak leh blah . . . mamat kastam tu tnye kitorang mabuk ke tak . . . haha . . . haram jadah . . . pastu kitorang patah balik Maahad Johor . . . hantar budak MJ dua orang nie . . . haha . . . aku ngan membe aku tu lme kat Maahad Johor tu . . . sampai malam . . . pas isya' bru kitorang blah . . . best gak la lepak ngan membe skola dlu kan . . .  ada mase t kitorang datang lagi . . . aku sampai uma dalam pukul 10.30 malam . . . penat siot . . . nek kete tu . . . haha . . .

Saturday 7 January 2012

Project Location (1)

   Cuti semester telah bermula . Semua pelajar berhajat untuk pulang ke kampung halaman masing-masing . Namun ada juga yang menggunakan waktu ini sebagai medium untuk mereka melakukan aktiviti bersama rakan-rakan . Dalam masa itu , Dafi , Jeff , Lan  , dan Zack ditugaskan melakukan kajian tentang aktiviti paranormal yang berlaku di Malaysia . Sebenarnya kumpulan mereka terdiri daripada 5 orang , tetapi seorang lagi ahli mereka tiba-tiba menghilangkan diri sehari sebelum cuti semester bermula .
       
        Seminggu sebelum cuti semester bermula 

       Malam itu , mereka berlima berkumpul di sebuah restoran bagi membincangkan proses kajian yang akan dijalankan . Kajian ini diketuai oleh Lan hasil persetujuan ahli kumpulan .
       " Lan…kau dah ada tempat ke nak buat kajian tu . Aku tak nak gagal dalam semester ni " Dafi memandang ke arah Lan .
       " Pasal tempat korang jangan risau . Aku dah settle " Lan membuka laptop miliknya dan diletakkan di tengah-tengah meja .
      Mereka semua teliti dengan briefing yang disampaikan oleh Lan . Bagi mengelakkan kekeliruan , Lan membuat salinan untuk setiap seorang . Briefing sudah disampaikan , kini pembahagian tugas harus dilakukan . Lan mengeluarkan sebuah buku kecil dari dalam beg dan mula mencatat sesuatu . 
      " Ok…sekarang aku nak bagi tugas kat korang . Ada tugas individu dan berkumpulan . Tugas individu kita semua ialah kita akan bergilir untuk jaga malam dan tukar check semua kamera in good position . Aku beritahu dulu tempohnya , nanti aku explain . Tempoh setiap seorang adalah satu jam . Dengar baik-baik . Kalau tak faham boleh tanya aku nanti " Kesemua mereka mangangguk tanda faham .
      " Dafi orang yang pertama . Jadi , Dafi yang akan buat checking dulu , dari pukul 12 sampai 1. Jeff dari pukul 1 sampai 2 . Zack dari pukul 2 sampai 3 . Joe dari pukul 3 sampai 4 . Aku dari pukul 4 sampai 5 . Lepas pukul 5 tiada sesiapa yang dibenarkan tidur . Semua mesti mandi dan kita semua akan solat subuh berjemaah . Ada sesiapa yang membantah ? Semua hanya diam dan mencatat apa yang telah diberitahu .                                 
      " Lan…berapa hari kita kat tempat tu ? " Dafi bertanya . 
      " 2 atau 3 hari mungkin…lepas kita dah ada bukti tentang wujudnya aktiviti paranormal . Kita balik . Ok " Semua setuju dengan kata-kata Lan .
      " Ok…jumpa korang semua dekat lobby kampus , pukul 8 pagi , seminggu daripada sekarang " Mereka semua beredar dan terus balik ke rumah masing-masing .

……….

      Mereka semua berkumpul di lobby kampus sementara menunggu semua ahli cukup . Lan adalah orang yang pertama berada di situ . Selaku ketua kumpulan , dia mestilah menunjukkan contoh yang baik kepada ahli kumpulan yang lain .
      Zack , Dafi dan Jeff sudah tiba , namun kelibat Joe tidak kelihatan . Hampir satu jam mereka menunggu kehadiran Joe . Panggilan juga sudah dilakukan tetapi nombor miliknya tidak beroperasi . Hasil perbincangan dan persetujuan ahli kumpulan , mereka dengan berat hati meninggalkan Joe untuk turut serta dalam kajian mereka . Mereka mengejar masa dan mesti tiba di tempat yang dimaksudkan sebelum matahari terbenam . Tetapi rancangan kini sudah berubah dan mereka berharap dapat tiba sebelum jam 12 malam tiba .
      Selepas memasukkan beg pakaian dan alat-alat pengesan aktiviti paranormal ke dalam but kereta yang dipinjamkan oleh pihak kampus , mereka bergerak ke tempat yang dimaksudkan . Mereka bergerak ke sana dengan menaiki kereta Lan . Antara mereka berempat , hanya Lan sahaja yang mempunyai kereta . Lan juga yang mencadangkan lokasi untuk kajian mereka . Perjalanan mengambil masa kira-kira 6 jam .
     " Wei...aku nak ingatkan sikit . Sepanjang kita semua dekat sana . Aku harap korang jaga mulut sikit . Tempat yang kita nak pergi ni berhantu... , " pesan Lan . 
      " Berhantu . Tempat yang kita nak pergi ni macam mana ? Rumah ? Biasalah . Nama pun rumah tinggal . Mesti ada punya benda-benda macam tu . " Jeff tidak mengendahkan nasihat Lan . Zack dan Dafi mengiakan kata-kata Jeff dengan satu anggukan . 
      " Yela Lan...special  ke tempat tu...sampai kau pilih jadi location project kita ? , " Dafi bertanya kepada Lan . 
      " Mestilah special...nanti kau tengoklah sendiri , " jawab Lan .
      Satu perjalanan jauh yang memenatkan . Mereka semua hanya tidur kecuali Lan yang  berhati-hati memandu keretanya . Hanya Lan seorang sahaja yang mengetahui kedudukan lokasi berkenaan . Jadi , mereka semua hanya diam sambil memerhati keadaan sekeliling .
      Langit mula melabuhkan tirainya . Seperti yang mereka jangkakan , mereka masih belum tiba di lokasi tersebut . Hari sudah malam . Kini tinggal kereta mereka sahaja yang melalui susur tersebut . Hendak berselisih dengan sebuah kereta pun susah . Inikan pula sebuah rumah .
      " Lan...betul ke jalan ni ? Lain macam je aku tengok . Dah la gelap . Tak ada lampu pula tu . Apa punya tempat la ko cari nie , " Tiba-tiba Dafi bersuara . Zack dan Jeff sedang nyenyak tidur di tempat duduk belakang .
     " Betullah...aku pernah pergi tempat ni dulu .Relakslah fi...Kejap lagi sampai la... " Lan masih fokus dengan pemanduannya di jalan raya . Dafi memandang Lan . 
     " Banyaklah kau . Satu rumah pun aku tak nampak . Kereta pun sama . Dari tadi kereta kita je kat sini . Bila kau pergi tempat yang kita nak buat projek tu ? " Dafi yang duduk di kerusi sebelah membuang pandang ke jalan raya .
     " Dulu...aku pun ingat-ingat lupa...tapi yang pasti . Sekejap lagi ada simpang kat depan sana . Tak lama lepas tu , sampailah " Lan mebuat isyarat dengan menunjuk ke hadapan . Dafi menyandarkan badan pada kerusi . 
       Dulu ? Kau ni biar betul . Suka hati kau la . Yang penting sampai . Aku dah meremang je dari tadi lalu kawasan ni .
      Lebih kurang 40 minit meredah malam . Barulah mereka dapat melihat cahaya daripada rumah di tepi jalan . Dengan keadaan sekeliling yang dikelilingi hutan dan pokok getah . Jarak antara rumah yang pertama dengan rumah yang kedua lebih kurang 3 kilometer . Tiba-tiba...
     " Ya Allah !  " Lan menekan brek dengan mengejut . Zack dan Jeff tersentak daripada tidur . Lan dan Dafi bagaikan tidak percaya terhadap apa yang berada di hadapan mereka . 
     " Lan ! Apahal kau brek ni !  " Zack tiba-tiba naik angin . Jeff di sebelah sedang menggosok-gosok kepala kerana terhantuk kerusi hadapan . 
     " Shhh...cuba kau tengok depan tu  , " Dafi menunjuk ke jalan . 
       Semua memandang ke hadapan dengan perasaan takut . Takut kerana di hadapan mereka adalah sekujur tubuh berbungkus kain putih yang kaku . Mereka bagaikan terpaku melihat sekujur tubuh yang sedang terbaring di atas jalan . 
     " Kau rasa...tu orang ke hantu...? " Dafi terketar-ketar membuat andaian . 
     " Gila kau . Mana ada orang baring kat tengah-tengah jalan malam-malam ni . Tu mesti hantu . Macam pocong je aku tengok  " Zack mengangkat keningnya .  
       Amboi . Mulut ko ni tak belajar berbudi bahasa ke ? Lan memandang kearah Zack .
       Jeff hanya mendiamkan diri . Apabila mereka melihat ke hadapan . Jasad tersebut sudah hilang . Mereka menjadi hairan dengan situasi tersebut . Perasaan takut kini menyelubungi diri . Lan terus meninggalkan tempat tersebut dengan segera . 

...................
       
      Jam di dashboard kereta menunjukkan tepat pukul 10 malam . Kalau ikutkan hati , hendak sahaja mereka berpatah balik dan melupakan projek paranormal ini tetapi memikirkan ini tugasan untuk mereka lulus semester  . Terpaksa juga mereka menyiapkannya . 
       Lan memperlahankan kereta selepas terlihat sebuah simpang tiga kira-kira 200 meter di hadapan . Kereta diberhentikan berhadapan dengan signboard yang pudar tulisannya . 
     " Fi...cuba kau pergi tengok ape yang tertulis kat signboard tu . Cepatlah . Aku tak nampak apa yang tertulis kat situ  " Lan mengarahkan Dafi untuk melihat papan tanda tersebut . 
       Dafi hanya menurut kata Lan dan segera turun dari kereta . Tidak lama kemudian , Dafi masuk kembali ke dalam kereta dengan riak muka yang sedikit pelik . 
     " Sekejap . Lan...ada tak orang kat bawah tiang lampu tu ?  " Lan melihat ke arah lampu yang dimaksudkan oleh Dafi . Kedudukan tiang lampu tersebut hanya beberapa meter dari kereta yang mereka naiki . Zack dan Jeff melihat ke bawah tiang lampu itu .
       " Mana ade apa-apa fi...clear je bawah lampu tu , " Jeff bersuara . 
       " Aku nampak ada orang kat bawah tiang lampu tu . Dia tengok je aku . Sejak kau berhenti tadi , aku memang dah perasan ada orang kat situ . Pelik juga kau tak suruh aku tanya orang tu " Dafi mengangkat jari telunjuknya dan menunjukkan ke arah cahaya tiang lampu tersebut .
        " Kau buat tak tahu je la . Kitorang memang tak nampak apa-apa la kat situ . Signboard tulis apa ? hurm... " Lan bertanya kepada Dafi . Zack dan Jeff mendiamkan diri di belakang . 
       " Kampung Seri Wangi  " Dafi menjawab persoalan Lan . Zack dan Jeff mengerutkan dahi mendengar nama kampung tersebut . 
       " Kenapa aku tak pernah dengar pun nama kampung tu sebelum ni " Zack bertanya kepada Lan . 
       " Kita dah dekat . Tu lah simpang nak pergi location project kita  " Lan belok ke kiri setelah mengenal pasti jalan yang dilalui . 
       Keadaan masih seperti biasa . Dikelilingi hutan dan jalan raya yang tidak berlampu . Gelap gelita . Hanya lampu kereta yang menyuluh jalan raya . Perjalanan mengambil masa beberapa minit untuk tiba di lokasi tersebut . Akhirnya mereka tiba juga di tempat kajian yang dimaksudkan . Lan masuk ke kawasan tersebut dengan berhati-hati . Kereta diberhentikan betul-betul di hadapan rumah tersebut . Mereka semua turun dari kereta setelah Lan memarkir keretanya . 
     " Kau biar betul Lan . Sebuah saja rumah kat tengah-tengah hutan ni ? " Jeff bersuara . Dafi dan Zack tergamam melihat rumah agam yang masih berdiri kukuh di kawasan tersebut .
     " Jom kita masuk . Tengok tempat tinggal kita untuk beberapa hari  " Lan mengajak Dafi , Zack , dan Jeff masuk ke dalam . Sementara itu mereka tidak sedar yang mereka sedang diperhatikan . 

Sunday 1 January 2012

   

Doaku Untukmu Sayang

Killensa



   Kring !! . Lamunan Adi terhenti setelah Bad menepuk bahunya . Waktu persekolahan sudah tamat . Kelihatan Cikgu Rohani , guru matapelajaran Bahasa Melayu mereka mengucapkan salm sebelum bergerak meninggalkan kelas . Bad mengemas kembali buku-buku yang berselerak di atas mejanya . Kerja sekolah yang diberikan dimasukkan ke dalam beg . Adi memerhatikan tingkah laku Bad . Fikirannya melayang jauh hari ini . Apa yang diajar oleh guru tidak dipedulikan oleh Adi . Bad perasan dengan kelakuan pelik rakannya itu . Adi lebih banyak termenung berbanding fokus pada guru di hadapan selepas waktu rehat tadi . Bad mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan rakan baiknya itu . Bad memandang ke arah Adi di sebelahnya .

   " Adi !  Kau kenapa ni ?  Aku tengok , kau lebih banyak termenung hari ni . Ada masalah ke ?  Boleh kongsi dengan aku . "

   Bad memerhatikan Adi yang sedang mengemas mejanya . Diam . Peliknya dia ni . Bad bermonolog dalam hatinya . Adi bangun dan terus melangkah keluar meninggalkan Bad . 

   " Adi !  Tunggu aku ! Dia ni memang nak kena ni . "

   Bad mengejar Adi yang mendahuluinya keluar daripada kelas tadi . Adi ketawa kecil . Mereka berjalan beriringan sehingga keluar daripada pintu pagar Sekolah Menengah Seri Bahagia . Mereka pulang ke rumah dengan berjalan kaki . Jarak rumah mereka dengan sekolah hanya beberapa meter . Mereka kawan baik sejak daripada darjah 1 . Tidak hairanlah mereka seperti isi dengan dengan kuku . Kemana sahaja pasti berdua . Punya masalah dikongsi bersama . Itulah erti kawan bagi Adi dan Bad . Adi yang sedari tadi diam tiba-tiba bersuara . 

   " Bad . Kau kenal tak dengan budak perempuan baru tu ?  "  Adi melihat Bad . 

   " Budak baru ?  Yang mana ? Budak form 5 ke ? "  

   " Budak form 4 la . Hari ni kan form 4 baru masuk . Mana ada budak baru dalam form kita . "

   "Aku tak tahulah Adi . Dah la budak perempuan . Form 4 . Budak baru lagi . Aduh . Nama budak perempuan kelas sendiri pun ada yang aku tak habis ingat . Inikan pula nak berkenalan dengan budak perempuan form bawah . Kirim salam la Adi . " Bad tergelak kecil . Adi masih tidak berpuas hati . Ketika Adi ingin bertanya tentang soalan lain . Bad menutup telinganya dengan jari tanda memprotes . 

   " Ha !  Apa ?  Aku tak dengar la . "

   Bad sengaja pura-pura tidak dengar soalan Adi . Malas . Adi mula menunjukkan tanda merajuk . Adi mencebik . Selepas itu , kedua-dua mereka tergelak . Daripada dahulu , Bad menjadi tempat luahan hati Adi . Segala masalah di sekolah sehingga di rumah diceritakan kepada Bad . Walaupun Bad seorang yang nakal dan selau membulinya , Adi tetap senang dengan kelakuan rakan baiknya itu . Bad sentiasa ada ketika susah dan senang . Pernah dahulu , Adi terpijak paku sewaktu mereka berdua bermain di taman . Bad yang menghantar Adi ke klinik untuk rawatan . Mereka berdua berdiri di antara rumah Adi dan juga Bad . Rumah mereka berhadapan dan mereka berjiran . 

   " Adi !!  Nanti petang kita jumpa . Dekat sini . Aku nak siapkan homework aku dulu . "  . 

   " Hurm . Ok . Nanti petang . Pukul 5 . "

  

------------------------------


   
   Adi menutup pintu rumah perlahan-lahan . Tiada sesiapa di rumah . Ibu bapa Adi orang yang berkerjaya . Ibunya sibuk dengan firma guaman manakala bapanya pula sibuk dengan pelan tapak projek yang bernilai jutaan ringgit . Adi tidak dilahirkan dalam keluarga yang susah . Segala kemewahan disalurkan kepada Adi . Anak tunggal En . Hamid dan Puan Rose . Hidup tanpa sebarang kekurangan dari segi kebendaan . Namun semua itu tidak diperlukan oleh Adi . Dalam tempoh seminggu , ibu bapanya tidak pernah meluangkan sedikit masa untuk Adi . Mujur ada Mak Su yang setia menemani Adi . 
   
   Mak Su merupakan warga Indonesia yang berkerja dengan keluarga Adi sebagai pembantu rumah . Mak Su seorang yang baik hati dan peramah . Dia juga seorang janda . Ahli keluarganya terbunuh dalam tragedi Tsunami yang melanda negara itu dan kawasan sekitarnya termasuk Malaysia pada tahun 2004 . Disebabkan itu , Mak Su menawarkan dirinya sebagai orang gaji ketika ayah Adi mengikuti program menyalurkan bantuan kepada penduduk Indonesia . Bapa Adi kasihan dengan keadaan Mak Su lalu mengambilnya berkerja di rumah Adi . Ibu Adi tidak keberatan menerima mak su sebagai orang gaji mereka bagi menjaga Adi ketika mereka keluar berkerja . 

   " Adi !!  Mari sini . Ibu sudah sediakan makanannya . " 

   Loghat jawa Mak Su masih tebal ketika menuturkan perkataan . Mak Su keluar dari dapur dengan membawa lauk . Adi menghampiri meja makan . Semua makanan sudah siap dihidang oleh Mak Su . Aroma masakan Mak Su menerpa ke dalam hidumg Adi . Memang terbaik . 

   " Wah , banyaknya Mak Su masak !  Siapa nak makan semua ni ?  " 

   Adi memandang lauk di atas meja satu persatu . Semuanya masakan melayu .

   " Iyalah . Di sinikan hanya ada Adi . Untuk siapa lagi makanannya . " 

   " Semua ni Adi makan seorang ?  Nanti gemuklah Adi , Mak Su . Banyak sangat ni . Kat sana ada asam pedas . Kat sini ada telur mata lembu . Itu kangkung belacan . Ni Adi yang nak makan ke Mak Su yang nak makan , " 

   " Tak apa . Mak Su makan dengan Adi . Mak Su pun tak makan lagi kan . Teman Adi makan tengah hari . Boleh ?  " 

   Adi mengangkat keningnya . Mahu tak mahu , Mak Su duduk makan bersama Adi . Adi selalu sahaja menyakat orang gajinya itu . Untuk menghilangkan kebosanan hidup sebagai anak tunggal . 


------------------------------


   Ketika Adi keluar daripada rumah , Bad sedang duduk di hadapan rumahnya . Adi manghampiri Bad perlahan-lahan lalu duduk di sebelahnya . 

   " Adi . Kau masih fikir pasal budak perempuan yang kau cakap tadi ? " Pandangan Bad dialihkan pada Adi . Fokusnya pada Adi . Adi memandang Bad lambat-lambat . 

   " Hurm . Kenapa ? " Adi mengeluarkan telefon bimbitnya daripada poket . Mesej daripada ibunya . 


,, Sorry ,, mama dengan papa pulang lewat ,,
Adi makan dengan Mak Su ok ,,  


   " Mak kau ? Adi , aku nak tahu sikit pasal budak perempuan tu boleh tak . Mana tahu aku boleh tolong kau . " Adi memandang ke arah rumahnya . Bad di sebelah menanti dengan sabar . 

   " Kau tak payah la ambil serious sangat hal ni . Bukan ada apa-apa pun . " 

   " Aku rasa aku suka la dengan budak perempuan tu . " Bad tergelak dengan kata-kata Adi . 

   " Adi . Aku rasakan kau ni dah angau la dengan minah tu . Simpan dulu perasaan tu Adi . Kita ni dah nak SPM . Kau tu pelajar pandai . Lain la aku ni . Pelajar kurang pandai . Bukan tak pandai . Tapi , macam mana kau boleh jumpa budak perempuan baru tu ? Kita tak jumpa budak baru kan masa rehat . "  

   " Memang kita tak jumpa budak baru pun masa rehat . Tapi kau ingat tak , tadi . Kita ada pergi perpustakaan kan . " Bad cuba mengingat kembali situasi di sekolah . Lama Bad memerah otaknya mengimbas kembali situasi pagi tadi . 

   " Ok . Aku ingat . Tapi , aku tak nampak mana-mana budak baru pun . " Bad semakin keliru . 

   " Kau tak ingat . Cikgu Azam panggil kau pasal kes hari tu kan . Masa tu , aku diri dekat koridor depan perpustakaan tu . Tunggu kau la ! Lambat . Tiba-tiba , ada orang langgar aku . Perempuan . Nampak dia pakai tag kat leher . Aku tahu dia tu form 4 baru . Dia minta maaf kat aku lepas tu . Then , dia terus pergi . Sibuk agaknya . Kat kelas , aku dok terfikir pasal dia . Sebab tu aku tak fokus cikgu ajar . " 

   " Oh . Aku tak perasan pula . Mungkin cuak punya pasal dengan Cikgu Azam . " 

   Bad dan Adi ketawa serentak . Cikgu Azam ,  jurulatih bola sepak Sekolah Menengah Seri Bahagia merangkap guru disiplin di sekolah itu . Dia seorang yang tegas tetapi baik sebenarnya . Semua pelajar di sekolah itu tidak berani bertentang mata apatah lagi lalu di hadapannya . Pasti ada sahaja yang tidak berkenan di matanya . Ada deria keenam agaknya . 

   Mereka berbual sehingga tidak perasan azan maghrib sudah berkumandang . Mereka berdua masuk ke rumah masing-masing . Hari-hari selepas itu berjalan seperti biasa . Adi tidak lagi memikirkan tentang budak perempuan yang berjaya mengetuk pintu hatinya . Mungkin belum tiba masanya menuai rasa mencintai seorang wanita . Adi terus fokus di dalam kelas ketika guru mengajar di hadapan . 





















Tuesday 20 December 2011





   Salam . . . haha . . . dah lama aq x update blog aq nie . . . sepikan diri . . . aduhai ~  akhirnya . . . selamat juga aq amek exam SPM . . . sebulan aq kat smakj tu . . . fuhh ~ padahal . . . paper aq 11 jew . . . tp nk wat macam mana . . . due date kitorang abez 13 / 12 . . . study kat sekolah memang best . . . haha . . . rindunya . . .
macam-macam kitorang wat kat skola ue . . . lepak kat tepi uma warden . . . main futsal sama-sama . . . hang-out . . . wayang . . . minum . . . makan . . . climb up tangki sekolah . . . masyuk ~ paling best and happening time kitorang g usha kuarters polis (Al-Hijab) belakang sekolah kitorang . . . pengalaman berani mati . . .seram . . . even mata aq yg susah tengok hantu pun leyh nampak . . . 
   
   
   Aq sebenarnya baru alek dri bandar pukul 2.30 pagi  . . . ngan Shafiq Latif , Ashryalwikarim , Hafizul Hilmi . . . sampai guard post dye dah tutup pagar sekolah . . . so . . . kitorang open slow-slow tak nak uncle guard tu bangun . . . tengah tarik pintu . . . uncle guard tu datang . . . haha . . . baru nak suprise . . . so . . . dia yang bukak pagar tu . . . hehe . . . tengah jalan menuju asrama kitorang . . . nampak member ramai-ramai jalan kat susur gajah . . . aq tanya la diorang . . . " nak pergi mana ? " . diorang cakap g kuarters . . . " nak follow ke tak ? " . . . aq diam je . . . malas nak gerak . . . member yang jalan dengan aq tadi semua follow dak-dak tu . . . aq alek asrama sebab ada orang call . . . sorang . . . cari la charger coz nset aq low battery . . . cari-cari tak jumpa . . . aq tengok asrama sunyi jew . . . dak yang tak follow sume dah tido . . . so . . . aq text Elyeen Hafez suruh tunggu . . . dia suruh aq lincah coz dye dah ada kat depan tangki besar belakang asrama sains . . . atas bukit . . . so . . . aq gerak la sesorang . . . tak fikir apa-apa pun time tu . . . dah la gelap . . . aq straight ikut belakang blok study F4 dengan F5 . . . 


   Dah sampai belakang blok tu . . . aq panjat longkang coz nak nek bukit kena lalu longkang . . . time aq nak panjat . . . aq tergelincir . . . handphone aq jatuh masuk lubang . . . nseb nampak light phone . . . aq amek . . . then panjat terus . . . Hajril Aidil call . . . dia suruh aq jalan sampai hujung . . . aq jalan je la . . . semak semua aq redah . . . aq angkat handphone aq . . . bg sign kat diorang kat depan . . . then aq jumpa Akmal dengan Elyeen . . . aq masuk pagar antara sekolah aq ngan tangki besar sebelum aq jumpa tangki besar tempat diorang kumpul . . . belakang aq ada Ed Danny dengan Elyeen Hafez . . . so . . . aq masuk lagi satu pagar baru jumpa dak-dak ni . . . time masuk , aq cari Hariez Khalid . . . member aq . . . then aq nampak la dia . . . so . . . aq pun cakap la . . . " Ni Hariez ". . . member aq semua diam . . . tak cakap apa-apa pun . . . aq pun diam je la . . . then Ed Danny suruh Elyeen Hafez kira berapa orang yang join benda nie . . . dia kira ada 17 . . . then Ed Danny suruh Elyeen Hafez kira alek . . . time kira alek ada 15 . . . kira betul-betul ada 15 orang . . . tadi lebih dua orang . . . maybe yang terlebih tu Hariez Khalid yang aq nampak . . . lagi satu aq tak tau . . . (sebenarnya Hariez Khalid berada di dorm tengah tidur di asrama ). . . siapa yang aq nampak tadi ? em . . . 


   Then kitorang gerak dalam row . . . Ed Danny dengan Elyeen Hafez kat depan . . . belakang sekali Muhd Fiqrie ngan Shafiq Latif . . . sebelum gerak Adam Azmi bagitau kat kitorang yang pagar nak g kuarters tu kunci . . . coz dia selalu ikut ayah dia check tangki besar tu . . . tp malam tu pagar besar tu terbuka seluas-luasnya . . . bagai menanti kehadiran kitorang . . . hurm . . . aq rasa tak sedap hati tapi nak wat macam mana . . . jalan je la . . . gelap tempat tu . . . tak lama lepas tu . . . nampak kuarters tu . . . Hakim Malek suluh blok tu guna touch light . . . tiba-tiba . . . row yang paling belakang dengar orang jerit daripada dalam semak . . . tapi diorang diam and terus jalan je . . . aq kat middle . . . tak dengar pulak . . . pastu Hakim Malek suruh tengok apa yang dia suluh . . . aq pun tengok la . . . tak fokus pun . . . dah la aq rabun . . . nampak yang dekat je la . . . rupa-rupanya ada banyak benda tu tengah tengok kitorang daripada atas . . . Hanif Zamri nampak . . . ramai gak la nampak . . . time kitorang lintas blok tu . . . row belakang dengar lagi sekali orang jerit dari dalam kuarters . . . kitorang jalan sampai hujung . . . pastu Ed Danny tanya . . . " Macam mana nak naik g kuarters tu ? Aq tak nampak jalan pun " . . . kitorang patah balik . . . then jumpa satu lorong g bawah blok tu . . . masing-masing tak nak masuk . . . so . . . keputusannya patah alek . . . time patah alek aq bau busuk gila . . . aq nampak sampah kat tepi tu . . . tp aq jamin tu bukan bau sampah . . . aq wat bodo je la . . . jalan sampai jumpe tangki besar tu alek . . . aq ingat dah nak masuk sekolah alek . . . rupa-rupanya nak melepak kat depan tangki besar tu . . . so . . . kitorang duduk kat jalan raya dalam bulatan kecil . . . then Ed Danny nak bukak story apa yang dia nampak tadi . . . tapi dak-dak ni tak bagi . . . suruh dia open story depan aspuri . . . time tu dah pukul 4 pagi . . . tengah duduk-duduk . . . Shafiq Latif ngan Hanif Zamri nampak cahaya kilat lintas rendah atas kitorang . . . orang kata tu pontianak . . . entahlah . . . pastu kitorang keluar daripada tempat tu . . . aq orang yang keempat last keluar . . . orang last Adam Azmi . . . aq langkah pagar first . . . nampak ada benda putih kat pagar belakang . . . aq rabun  . . . so . . . aq tengok la lama-lama . . . pastu aq jalan . . . tengah jalan . . . semak sebelah kanan aq tiba-tiba bergerak-gerak . . . macam ada sesuatu yang lalu . . . aq wat bodo je . . . bunyi lagi . . . pastu aq langkah pagar kedua . . . kat belakang aq ade Ed Danny , Elyeen Hafiz ngan Adam Azmi . . . sebenarnya . . . time Adam Azmi nak masuk alek pagar first . . . ada benda tak bagi dia masuk . . . benda tu pegang dia . . . then Adam Azmi rentap la tangan dia kuat-kuat . . . tangan dia ada kesan macam kena genggam dengan orang . . . then tergarit . . . berdarah tangan dia . . . time aq dah masuk sekolah alek . . . aq tengok kat tempat yang aq nampak ada benda putih tu . . . lama aq tengok . . . aq panggil Elyeen Hafez . . . tanya dia . . . nampak ke tak apa yang aq nampak tu . . . pastu dia suruh aq wat bodo je . . . aq diam je la . . . kitorang ikat alek pagar masuk tu . . .


   Turun bukit terus lepak depan aspuri . . . open story apa yang kitorang nampak sepanjang tour tadi . . . haha . . Ed Danny cakap kat tempat tu memang banyak benda tu . . . hantu la . . . time nak bukak pagar nak    
g tangki besar tu . . . tiba-tiba playar hilang dari tangan Ed Danny . . . nak sedapkan hati cakp terjatuh . . . suluh-suluh bawah . . . tak ada . . . then jumpe playar tu tergantung elok je macam ada orang letak . . . wat bodo je . . . bukak pagar tu . . . em . . . pastu . . . time tunggu aq datang . . . dak-dak ni dah tunggu kat depan tangki besar . . . Ashryalwikarim malam tu tak sihat . . . so . . . dia sandar kat tiang lampu kat area tangki besar tu . . . kat tiang lampu tu ada hantu yang tengah tengok dia . . . lama . . . em . . . time kat depan kuarters tu . . . ada sekali kitorang pusing belakang . . . then Ajak Black List toleh lambat . . . before dia toleh belakang . . . ada kain putih jatuh depan dia . . . memang pengalaman paling best and seram . . . kalau korang tak percaya . . . pergi sendiri la . . .



   Nama 15 orang yang pergi terpahat kat atas tangki depan blok study F4 ngan F5 . . . terima kasih kepada Ed Danny , Ellyeen Hafez , Hanif Zamri , Shafiq Latif , Ashryalwikarim , Hafizul Hilmi , Apip Fauzan , Muhd Fiqrie , Ajak Black List , Hajril Aidil , Adam Azmi , Khairul Nazmi , Hakim Malek dan Ariffudin Md Nor . . . kalau ada story best . . . t aq habaq . . .



   Salam ~


   

Saturday 22 October 2011

Ape Kata Mereka .

   Ni aku nak story . . . cter pasal orang kat skola aq . . . aq nie jenis orang yang tak suka masuk campur hal-hal yang leyh membinasakan status aq sebagai pelajar . . . hurm . . . even ada gak la certain part yang aq demand . . . tp nk wat camne . . . pelajar la katakan . . . kalau korang jd pelajar pun mesti korang ada yang tak puas hati kan . . . sama ada cikgu , orang kantin , owner dewan makan . . . sume lah . . . manusia . . . ada saja yang tak kena . . . kita fikir yang buruk tu lah yang sempurna bagi kita . . . betul tak . . ? dah nak akhir-akhir tahun ni . . . tak kan nak kena gantung . . . lg la buang sekolah . . . so , dalam situasi sekarang ni . . . sabar jew la . . .
   Selepas nek cuti raya ni . . . banyak beb cter panas . . . between student ngan guru . . . between upper form ngan lower form . . . aq pun tak paham la . . . ada jew problem yg diorang lakukan . . . termasuk aq . . . tp aq tak dew la wat something yg melibatkan ramai pihak . . . sendiri-sendiri sudah . . . dah nk dekat exam ni . . . aq slow sikit la wat keje jahat ni . . . kesian kat membe aq . . . dia kene gantung skola . . . sebab apa . . sebab lempang dak tu . . . ish3 . . . nasib bek aq tak join . . . kalau tak dengan aq skali kena gantung . . . aq dengar cter dia kena gantung sampai raya haji . . . pastu skola alek la . . . nasib bek tak kene buang . . . aku tengok dia pun dah sedar . . . sebenarnya ada orang suka membe aku ni . . . tp dia ni jenis tak layan aweq-aweq ni . . . membe-membe boleh . . . haha . . . orang yg suke dia ni risau sungguh . . . takot-takot kekasih hati kene buang dari skola . . . tp alhamdulillah tak kena buang . . . ape la . . .
   First aku tengok muka membe aku tu sedih giler coz cikgu cakap kat dia maybe dia akan kene buang . . . terus jd sunyi je . . . tak bercakap langsung . . . kesian aku tengok . . . nak halang tp bende dah berlaku . . . nak wat macam mane . . tak lama lepas tu  . . . dia ok balik . . . maybe dah tenang kot fikiran dia . . . hasil semangat yg membe-membe lain bg kat dia . . . tu penting nyer ada membe . . .
   Ok lah . . . skola pun dah menyeru-nyeru nama aku . . . hari ni kena balik skola . . . dah nak SPM dah pun . . . salam . . . =)

Saturday 3 September 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri . . .



Salam . Sowie aku late update blog . Internet problem . Korang pun paham kan macam mana rasanya internet lembab nak mati . Sebab tu aku malas nak online broadband nie . Hurm . Sebelum nie aku ada bagitau yang aku nak balik kampung kan . So , aku dah pun pulang dari kampung . Dan esok aku trial SPM . Sok paper PQS ( Pendidikan Al-quran Dan As-sunnah ) . Selasa baru Bahasa Melayu . 

Aku balik kampung hari ahad pagi . Dalam pukul 11 lebih . Traffic pun clear memandangkan ramai yang dah pulang ke kampung . Hehe . Sampai kampung belum buka lagi . Time tu puasa . Kat kampung aku , buka puasa dalam pukul 7.30 . Lama la gak wait buka . Em . 

Kayh la . Aku nak leave blog nie wat sementara . Insya-Allah . Nanti aku update . Kalau sempat . So , kepada SPM candidate . Berusaha la bersungguh-sungguh yer . Belajar . Jumpa lagi .