Salam kepada readers-readers , beberapa hari lagi raya akan menjelma . Sedar tak sedar , dah nak abez dah bulan yang mulia ni . Rasa sedih pun ada bila fikir-fikir semula . Sikit je amalan yang aku wat bulan puasa nie . Anyway , thanks kat semua kawan-kawan aku kat smakj tu and this year adalah year terakhir untuk batch The Arts , 20 generation of Smakj . Sayang korang (monolog dalam hati kecilku ) . Haha .
Banyak peristiwa-peristiwa menarik sepanjang puasa tahun ni . Dari time sahur sampailah mata tutup semula . Haa~ . Aku rasa tahun ni la puasa yang paling best . Even dewan makan punya makanan takde lah sedap sangat , serious . Aku pun kadang-kadang adalah terlepas cakap . Biasalah , setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan . Komen makanan yang tidak berkuah . Time buka puasa rasa macam makan nasi semalam . Haa~ . Apapun , thanks kat pak cik and mak cik yang sanggup masakkan kitorang juadah berbuka . Hihi .
Sampai kat bazar mula la rambang mata . Tengok yang itu nampak sedap . Yang ini nampak lazat . Rasa macam rugi gila la kalau tak dapat beli . Bila dah beli nanti , makan pun tak . Full . Haha . Biasalah tu ragam manusia . Sentiasa takkan merasa puas dengan apa yang ada . Ada saja yang tak cukup . Padahal dah lengkap serba-serbi . Aku memang tak suka betul dengan orang yang macam ni . Pentingkan luaran je . Dalaman , tak menggambarkan luaran langsung . Sekali pandang nampak smart je kan . Mulut macam langsi . Opsss~ Marah-marah lak . Bulan mulia ni mana boleh marah-marah . Reduce pahala puasa . Hehe . So , banyak-banyak la wat amal sementara raya belum menjelma . Nak top up pahala kita yang sikit ni . Baru la berbaloi ramadhan tahun ni .
20 hari sambut ramadhan . Akhirnya sampai juga hari yang ditunggu selama setahun iaitu birthday aku . Hehe . Penat tau aku tunggu . Tengok jam jap . 17 tahun 7 hari 15 jam 55 minit . Dah 7 hari rupanya . Rasa macam baru semalam birthday aku . Thanks kepada membe-membe aku yang ingat birthday aku . Dah-dah . Forget it . Thanks to Anep Zamri coz ucapan yang ko wat time salam dengan aku malam 20 ramadhan tu . Haha .
Pejam celik pejam celik , dah balik rumah dan bakal menandakan bulan ramadhan akan berakhir . Syawal pula bakal menjelma . Happy ada , sedih pun ada . Happy coz nak sambut raya . Sedih coz naik raya je aku ada trial . SPM woah~ . Harap-harap dapat jawab exam dengan baik . Amiin . Kawan-kawan aku pun sama . Aku teringat pasal semalam lak . Pasal Si A ni . Dia face to face dengan sorang budak ni , Si B . Dah lama dah Si A tak puas hati dengan Si B ni . Ni lah akibatnya kalau bende remeh diperbesar-besarkan .
Si A try la nasihat Si B ni . Try control dia punya sabar . Ramai lagi membe-membe Si A keliling Si B ni . Cakap pasal diri Si B nie . Pasal membe-membe Si B . Macam-macam la . Akhirnya , diorang gaduh . Then , membe-membe Si A pun apalagi join sekaki la . Sambil menyelam minum air . Kejap je . Pastu ada ustaz nampak . Dia panggil la sape yang start-ing . So , Si A dan Si B pun dipanggil . Kene sound . Yang aku tak leh blah , pengetua boleh tanya membe aku sorang nie .
Pengetua : Kenapa tu ? sambil melihat ke arah tempat kejadian . Haha . Then , membe aku jawab la .
Khairul : Biasalah tu ustaz .Budak-budak .
Time membe aku story , dak dorm aku ketawa gila-gila . Aku pun tak paham betul dengan pengetua aku ni . Gaya stylo je aku tengok . Tapi aku suka dengan pengetua aku ni . Dia sport-ing habis . Best . Dan pengetua aku ni suka sangat la denga kompang . Ada event , even Maulidurasul pun dia suruh kompang . Kitorang sebagai pelajar yang baik . Akur dan menurut perintah . Haha . Tapi ada gak yang tak menarik kat smakj tu . Lain kali la aku story . Selepas ramadhan . Jumaat malam semalam ada solat hajat untuk pelajar yang akan menghadapi peperiksaan . Aku ingat tak ramai . Penuh gak la dewan sekolah aku tu . Majlis tamat selepas solat hajat tu . Semua pelajar boleh pulang ke kampung masing-masing termasuklah aku . Dan sekarang aku berada di rumah .
Esok balik kampung . Tahun nie sambut raya kat kampung . Kampung aku kat Sungai Besar , Selangor . Jauh beb . Penat duduk dalam kereta . Anyway , aku harap raya tahun ni meriah seperti biasa . Akhir sekali , aku nak ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin . Jari disusun pohon dipinta . Kepada semua yang mengenali diri ini . Ringan-ringan la maafkan orang . Setiap perkara ada hikmahnya . Amin .
Wassalam .





selamat hari raya.. hehehehe
ReplyDelete